Thursday, 16 October 2014
Skop Kajian
Skop kajian yang telah dijadikan tempat bagi menjalankan penyelidikan ini ialah di pusat kraftangan Kuching Sarawak. Pengkaji telah menemubual seorang kakitangan yang bertugas di kraftangan Kuching Sarawak. Selain itu pengkaji juga akan mendapatkan maklumat mengenai hal-hal berkaitan dengan kajian yang di jalankan melalui beliau.
Hipotesis
Teknik gabungan pola dapat membantu mempertingkatkan produktiviti dalam menghasilkan produk kraf serta dapat mengurangkan pembaziran fabrik dalam menghasilkan produk tersebut.
Wednesday, 8 October 2014
Objektif Kajian
· Mengenal
pasti reka corak dan pola yang bersesuaian dalam penghasilan kraf.
· Mengkaji
susun atur motif pada pola kraf.
· Menghasilkan
produk kraf yang bersesuaian dengan teknik gabungan pola dan batik canting.
·
Membuat
validasi produk terhadap produk akhir.
Persoalan Kajian
Persoalan kajian amat penting dalam penyelidikan supaya
pengkaji dapat mengetahui tujuan sebenar dalam kajian tersebut.
Persoalan-persoalan tersebut ialah:
·
Bagaimanakah reka corak dan pola rekaan untuk
mengeluarkan produk kraf yang produktif ?
·
Apakah jenis produk kraf yang bersesuaian untuk
gabungan teknik pola dan batik canting?
Masalah Kajian
- Reka corak batik berpola kurang popular pada indusrti kraf tempatan.
- Industri kraftangan yang sedia ada mempunyai masalah
lebihan perca pada proses penghasilan kraf yang menggunakan fabrik. Ini
menyumbangkan pembaziran dalam kos produksi.
Bab 1_Pengenalan
Dalam
penghasilan ini pengkaji ingin mengetengahkan kombinasi reka bentuk pola dan
batik canting dalam penghasilan produk kraf. Batik berasal dari bahasa Jawa
(amba) yang bererti menulis dan menitik. Batik ialah merujuk pada teknik
pembuatan corak. Motif batik menggunakan canting dan pencelupan kain
dengan menggunakan lilin dan warna untuk diaplikasikan pada kain.
Sekitar tahun 1950, masyarakat Melayu
menggunakan ubi kentang sebagai alat mencanting tetapi kini kain batik telah
diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden. Batik mula diperkenalkan di
negara kita khususnya di negeri Kelantan. Batik menghasilkan reka bentuk pada tekstil melalui
penggunaan pewarna, biasanya lilin yang menghalang pewarna daripada menembusi
kawasan yang berwarna. Terdapat beberapa motif yang sering digunakan oleh
pengusaha untuk penghasilan batik iaitu motif flora fauna. Batik biasanya
dilakukan pada kain cotton, sutera, crepe satin, fuji, rayon yang berkualiti.
Industri batik pada masa kini semakin meningkat.
Kraftangan
ialah kerja penghasilan peralatan berguna atau hiasan dengan menggunakan tangan
sepenuhnya atau perkakas ringkas sahaja. Pertukangan kraftangan seharusnya
dikerjakan secara perseorangan atau kecil-kecilan. Dalam penghasilan batik
untuk dijadikan produk kraf antaranya ialah beg, kasut, tudung dan sebagainya.
Produk kraf yang akan dihasilkan terutamanya untuk wanita.
Abstrak
Penyelidikan ini
dibuat untuk mengkaji kombinasi reka bentuk pola dan batik canting dalam
penghasilan produk kraf. Ia menitikberatkan proses pembuatan produk kraf supaya
penghasilannya dapat menjimatkan, masa mengurangkan pembaziran kain dan
penghasilan motif batik berada pada kedudukan pola yang betul. Motif yang
digunakan untuk penghasilan produk kraf ialah flora dan fauna. Antara produk
yang dapat dihasilkan untuk reka bentuk batik ialah koleksi beg tangan formal
dan semi-formal. Hasil kajian ini dapat membantu untuk mempertingkatkan lagi
produksi kraf secara besar-besaran pada pasaran tempatan dan luar negara.
Pemilihan Tajuk Untuk Penyelidikan Projek Tahun Akhir.
1. Reka Bentuk Batik Berpola Untuk Penghasilan Produk Kraf.
2. Reka Corak Printing Untuk Penghasilan Produk Kraf.
3. Kombinasi Reka Bentuk Pola Dan Batik Canting Dalam Penghasilan Produk Kraf.
2. Reka Corak Printing Untuk Penghasilan Produk Kraf.
3. Kombinasi Reka Bentuk Pola Dan Batik Canting Dalam Penghasilan Produk Kraf.
Subscribe to:
Posts (Atom)