Sunday 23 November 2014

Bab 2

BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.0 Pengenalan
Kajian literatur adalah kajian lepas yang dibuat oleh pengkaji lepas dalam penyelidikannya. Kajian lepas untuk meningkatkan lagi pemahaman tentang kajian yang dibuat oleh pengkaji. Kajian yang dibuat merujuk pelbagai buku dan tesis yang terdapat dipusat sumber dan bahan bacaan lain yang berkaitan dengan kajian yang dibuat oleh pengkaji. Selain itu, pengkaji juga boleh mendapatkan maklumat terkini daripada internet.
Selain itu, dalam kajian ini pengkaji membuat kajian tentang rekaan pola produk untuk dijadikan produk kraf.  Tambahan lagi, pengkaji juga telah menambahkan pengetahuan tentang kajian dengan merujuk buku  dan tesis yang ada tentang pembuatan batik yang telah meningkat pada masa kini.


2.1  Kajian lepas
            Ken Atik Saftiyaningsih, (2013) merupakan seorang pelajar program Sarjana Kriya iaitu fakulti Seni rupa dan reka bentuk (FSRD) ITB. Beliau telah membuat penyelidikan tentang aplikasi motif tiga negeri dengan teknik kaleidoskop pada busana yang siap.
            Beliau menyatakan bahawa kebudayaan luar tidak melepaskan peluang untuk masuk berhijrah ke Indonesia. Batik tiga negeri ialah batik asli yang merupakan hasil percampuran antara Indonesia dan Suku Tiongha. Batik tiga negeri merupakan batik yang melibatkan tiga daerah dalam pembuatannya, iaitu warna merah di Lasem, warna biru di Pekalongan dan Tuban serta warna coklat di Yogyakarta. Tambahan lagi, kata beliau batik tiga negeri ini terkenal dengan keindahan yang sangat kemas. Teknik Kaleidoskop merupakan salah satu teknik yang digunakan dalam tekstil akan digunakan untuk membuat batik tiga negeri yang lebih dikenali oleh semua masyarakat di Indonesia.
            Selain itu, Faridah Abdul Latif (2007) merupakan seorang pelajar program Seni halus dari fakulti Seni gunaan dan kreatif. Beliau telah membuat penyelidikan tentang pengaplikasian motif bunga melalui seni cetakan dalam hasil karya kontemporari.
            Beliau telah menerangkan tentang motif bunga dalam batik melalui pengaplikasian seni cetakan. Bentuk-bentuk motif batik dihasilkan dalam dua bentuk iaitu motif organik dan motif geometrik. Contoh motif organik yang digunakan oleh beliau ialah motif  bunga buluh, motif bunga kerak nasi, motif daun sireh dan sebagainya. Manakala motif geometrik pula motif pucuk rebung, motif siput dan motif rama-rama.


2.2  Kerangka kajian
            Kerangka kajian ialah peta untuk dijadikan petunjuk dalam membuat kajian oleh penyelidik. Dengan menggunakan kerangka kajian ia dapat memberi petunjuk dan kefahaman kepada penyelidik untuk menyiapkan kajian yang dibuat.
Gabungan pola dan batik canting

Produktiviti
Produk Kraf


Rajah 1 : Kerangka kajian
Kerangka kajian ini bertujuan untuk mengetahui proses pembuatan atau rangka awal untuk pengkaji sebelum membuat kajian dari segi penggunaan pola dapat menjimatkan masa dan kos dalam penghasilan produk. Teknik yang digunakan adalah teknik batik canting. Selain itu, motif yang digunakan ialah flora dan fauna. Warna yang digunakan ialah warna lembut dan harmoni. Manakala dalam penghasilan produk ialah beg formal, beg kasual, buku nota dan tudung.


2.3  Kesimpulan
Kesimpulannya, kajian literatur dapat meningkatkan pemahaman dari segi pengetahuan sebelum membuat kajian yang dijalankan. Kajian ini dirujuk untuk dijadikan panduan dalam menghasilkan penyelidikan yang baru. Selain itu, dalam penyelidikan ini juga pengkaji memerlukan kajian lepas untuk menambahkan lagi pemahaman tentang topik kajian yang dijalankan iaitu dengan merujuk kepada buku, tesis, dan lain-lain bahan bacaan yang berkaitan.
Berdasarkan kepada kerangka kajian penyelidik telah merangka perkara-perkara yang perlu ada dalam kajian yang berkenaan tajuk kajian yang dijalankan. Penyelidik juga dapat mengetahui tentang material, motif, dan teknik yang akan digunakan dalam membuat proses kajian tersebut.