Kesimpulannya,
tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menghasilkan kombinasi reka bentuk
pola dan batik canting dalam penghasilan produk kraf. Penyelidikan yang
dijalankan adalah lebih tertumpu kepada reka bentuk pola dalam penghasilan
produk kraf. Selain itu, kajian ini juga sangat penting untuk menjalankan
eksperimentasi jenis reka bentuk yang sesuai untuk dijadikan produk kraf. Dari
segi konsep seni reka bentuk batik yang meliputi elemen penting iaitu reka
bentuk yang sesuai, teknik-teknik yang akan sesuai digunakan dan pola dalam
bentuk blok. Semua jenis reka corak yang akan dihasilkan adalah bermotifkan flora
dan fauna. Reka corak ini juga perlulah bersesuaian dengan jenis produk yang
akan dihasilkan dan menepati konsep yang dikehendaki. Akhir sekali, kajian ini
diharapkan dapat menghasilkan reka corak batik yang menarik dan berpotensi
untuk menjadi permintaan di samping dapat membantu pengguna dalam membuat
pilihan terhadap reka bentuk produk yang akan dihasilkan.
No comments:
Post a Comment