BAB
2
KAJIAN
LITERATUR
2.0 Pengenalan
Kajian
literatur adalah kajian lepas yang dibuat oleh pengkaji lepas dalam
penyelidikannya. Kajian lepas untuk meningkatkan lagi pemahaman tentang kajian
yang dibuat oleh pengkaji. Kajian yang dibuat merujuk pelbagai buku dan tesis
yang terdapat dipusat sumber dan bahan bacaan lain yang berkaitan dengan kajian
yang dibuat oleh pengkaji. Selain itu, pengkaji juga boleh mendapatkan maklumat
terkini daripada internet.
Selain
itu, dalam kajian ini pengkaji membuat kajian tentang rekaan pola produk untuk
dijadikan produk kraf. Tambahan lagi,
pengkaji juga telah menambahkan pengetahuan tentang kajian dengan merujuk
buku dan tesis yang ada tentang
pembuatan batik yang telah meningkat pada masa kini.
2.1
Kajian lepas
Ken Atik Saftiyaningsih, (2013)
merupakan seorang pelajar program Sarjana Kriya iaitu fakulti Seni rupa dan
reka bentuk (FSRD) ITB. Beliau telah membuat penyelidikan tentang aplikasi
motif tiga negeri dengan teknik kaleidoskop pada busana yang siap.
Beliau menyatakan bahawa kebudayaan
luar tidak melepaskan peluang untuk masuk berhijrah ke Indonesia. Batik tiga
negeri ialah batik asli yang merupakan hasil percampuran antara Indonesia dan
Suku Tiongha. Batik tiga negeri merupakan batik yang melibatkan tiga daerah
dalam pembuatannya, iaitu warna merah di Lasem, warna biru di Pekalongan dan
Tuban serta warna coklat di Yogyakarta. Tambahan lagi, kata beliau batik tiga
negeri ini terkenal dengan keindahan yang sangat kemas. Teknik Kaleidoskop
merupakan salah satu teknik yang digunakan dalam tekstil akan digunakan untuk
membuat batik tiga negeri yang lebih dikenali oleh semua masyarakat di Indonesia.
Selain itu, Faridah Abdul Latif
(2007) merupakan seorang pelajar program Seni halus dari fakulti Seni gunaan
dan kreatif. Beliau telah membuat penyelidikan tentang pengaplikasian motif
bunga melalui seni cetakan dalam hasil karya kontemporari.
Beliau telah menerangkan tentang
motif bunga dalam batik melalui pengaplikasian seni cetakan. Bentuk-bentuk
motif batik dihasilkan dalam dua bentuk iaitu motif organik dan motif
geometrik. Contoh motif organik yang digunakan oleh beliau ialah motif bunga buluh, motif bunga kerak nasi, motif
daun sireh dan sebagainya. Manakala motif geometrik pula motif pucuk rebung,
motif siput dan motif rama-rama.
2.2
Kerangka kajian
Kerangka kajian ialah peta untuk
dijadikan petunjuk dalam membuat kajian oleh penyelidik. Dengan menggunakan
kerangka kajian ia dapat memberi petunjuk dan kefahaman kepada penyelidik untuk
menyiapkan kajian yang dibuat.
Gabungan pola dan batik canting
|
Produktiviti
|
Produk Kraf
|
Rajah 1 : Kerangka kajian
Kerangka
kajian ini bertujuan untuk mengetahui proses pembuatan atau rangka awal untuk
pengkaji sebelum membuat kajian dari segi penggunaan pola dapat menjimatkan
masa dan kos dalam penghasilan produk. Teknik yang digunakan adalah teknik
batik canting. Selain itu, motif yang digunakan ialah flora dan fauna. Warna
yang digunakan ialah warna lembut dan harmoni. Manakala dalam penghasilan
produk ialah beg formal, beg kasual, buku nota dan tudung.
2.3
Kesimpulan
Kesimpulannya,
kajian literatur dapat meningkatkan pemahaman dari segi pengetahuan sebelum
membuat kajian yang dijalankan. Kajian ini dirujuk untuk dijadikan panduan
dalam menghasilkan penyelidikan yang baru. Selain itu, dalam penyelidikan ini
juga pengkaji memerlukan kajian lepas untuk menambahkan lagi pemahaman tentang
topik kajian yang dijalankan iaitu dengan merujuk kepada buku, tesis, dan
lain-lain bahan bacaan yang berkaitan.
Berdasarkan
kepada kerangka kajian penyelidik telah merangka perkara-perkara yang perlu ada
dalam kajian yang berkenaan tajuk kajian yang dijalankan. Penyelidik juga dapat
mengetahui tentang material, motif, dan teknik yang akan digunakan dalam
membuat proses kajian tersebut.
No comments:
Post a Comment