Sunday 23 November 2014

Bab 2

BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.0 Pengenalan
Kajian literatur adalah kajian lepas yang dibuat oleh pengkaji lepas dalam penyelidikannya. Kajian lepas untuk meningkatkan lagi pemahaman tentang kajian yang dibuat oleh pengkaji. Kajian yang dibuat merujuk pelbagai buku dan tesis yang terdapat dipusat sumber dan bahan bacaan lain yang berkaitan dengan kajian yang dibuat oleh pengkaji. Selain itu, pengkaji juga boleh mendapatkan maklumat terkini daripada internet.
Selain itu, dalam kajian ini pengkaji membuat kajian tentang rekaan pola produk untuk dijadikan produk kraf.  Tambahan lagi, pengkaji juga telah menambahkan pengetahuan tentang kajian dengan merujuk buku  dan tesis yang ada tentang pembuatan batik yang telah meningkat pada masa kini.


2.1  Kajian lepas
            Ken Atik Saftiyaningsih, (2013) merupakan seorang pelajar program Sarjana Kriya iaitu fakulti Seni rupa dan reka bentuk (FSRD) ITB. Beliau telah membuat penyelidikan tentang aplikasi motif tiga negeri dengan teknik kaleidoskop pada busana yang siap.
            Beliau menyatakan bahawa kebudayaan luar tidak melepaskan peluang untuk masuk berhijrah ke Indonesia. Batik tiga negeri ialah batik asli yang merupakan hasil percampuran antara Indonesia dan Suku Tiongha. Batik tiga negeri merupakan batik yang melibatkan tiga daerah dalam pembuatannya, iaitu warna merah di Lasem, warna biru di Pekalongan dan Tuban serta warna coklat di Yogyakarta. Tambahan lagi, kata beliau batik tiga negeri ini terkenal dengan keindahan yang sangat kemas. Teknik Kaleidoskop merupakan salah satu teknik yang digunakan dalam tekstil akan digunakan untuk membuat batik tiga negeri yang lebih dikenali oleh semua masyarakat di Indonesia.
            Selain itu, Faridah Abdul Latif (2007) merupakan seorang pelajar program Seni halus dari fakulti Seni gunaan dan kreatif. Beliau telah membuat penyelidikan tentang pengaplikasian motif bunga melalui seni cetakan dalam hasil karya kontemporari.
            Beliau telah menerangkan tentang motif bunga dalam batik melalui pengaplikasian seni cetakan. Bentuk-bentuk motif batik dihasilkan dalam dua bentuk iaitu motif organik dan motif geometrik. Contoh motif organik yang digunakan oleh beliau ialah motif  bunga buluh, motif bunga kerak nasi, motif daun sireh dan sebagainya. Manakala motif geometrik pula motif pucuk rebung, motif siput dan motif rama-rama.


2.2  Kerangka kajian
            Kerangka kajian ialah peta untuk dijadikan petunjuk dalam membuat kajian oleh penyelidik. Dengan menggunakan kerangka kajian ia dapat memberi petunjuk dan kefahaman kepada penyelidik untuk menyiapkan kajian yang dibuat.
Gabungan pola dan batik canting

Produktiviti
Produk Kraf


Rajah 1 : Kerangka kajian
Kerangka kajian ini bertujuan untuk mengetahui proses pembuatan atau rangka awal untuk pengkaji sebelum membuat kajian dari segi penggunaan pola dapat menjimatkan masa dan kos dalam penghasilan produk. Teknik yang digunakan adalah teknik batik canting. Selain itu, motif yang digunakan ialah flora dan fauna. Warna yang digunakan ialah warna lembut dan harmoni. Manakala dalam penghasilan produk ialah beg formal, beg kasual, buku nota dan tudung.


2.3  Kesimpulan
Kesimpulannya, kajian literatur dapat meningkatkan pemahaman dari segi pengetahuan sebelum membuat kajian yang dijalankan. Kajian ini dirujuk untuk dijadikan panduan dalam menghasilkan penyelidikan yang baru. Selain itu, dalam penyelidikan ini juga pengkaji memerlukan kajian lepas untuk menambahkan lagi pemahaman tentang topik kajian yang dijalankan iaitu dengan merujuk kepada buku, tesis, dan lain-lain bahan bacaan yang berkaitan.
Berdasarkan kepada kerangka kajian penyelidik telah merangka perkara-perkara yang perlu ada dalam kajian yang berkenaan tajuk kajian yang dijalankan. Penyelidik juga dapat mengetahui tentang material, motif, dan teknik yang akan digunakan dalam membuat proses kajian tersebut.








Wednesday 12 November 2014

IDEA

Motif daripada rama-rama

Motif daripada rama-rama


motif daripada rama-rama
motif daripada bunga raya

motif daripada bunga raflesia

Thursday 6 November 2014

Site Map



Kesimpulan

Kesimpulannya, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menghasilkan kombinasi reka bentuk pola dan batik canting dalam penghasilan produk kraf. Penyelidikan yang dijalankan adalah lebih tertumpu kepada reka bentuk pola dalam penghasilan produk kraf. Selain itu, kajian ini juga sangat penting untuk menjalankan eksperimentasi jenis reka bentuk yang sesuai untuk dijadikan produk kraf. Dari segi konsep seni reka bentuk batik yang meliputi elemen penting iaitu reka bentuk yang sesuai, teknik-teknik yang akan sesuai digunakan dan pola dalam bentuk blok. Semua jenis reka corak yang akan dihasilkan adalah bermotifkan flora dan fauna. Reka corak ini juga perlulah bersesuaian dengan jenis produk yang akan dihasilkan dan menepati konsep yang dikehendaki. Akhir sekali, kajian ini diharapkan dapat menghasilkan reka corak batik yang menarik dan berpotensi untuk menjadi permintaan di samping dapat membantu pengguna dalam membuat pilihan terhadap reka bentuk produk yang akan dihasilkan.

Thursday 16 October 2014

Skop Kajian

Skop kajian yang telah dijadikan tempat bagi menjalankan penyelidikan ini ialah di pusat kraftangan Kuching Sarawak. Pengkaji telah menemubual seorang kakitangan yang bertugas di kraftangan Kuching Sarawak. Selain itu pengkaji juga akan mendapatkan maklumat mengenai hal-hal berkaitan dengan kajian yang di jalankan melalui beliau.

Hipotesis

Teknik gabungan pola dapat membantu mempertingkatkan produktiviti dalam menghasilkan produk kraf serta dapat mengurangkan pembaziran fabrik dalam menghasilkan produk tersebut.

Wednesday 8 October 2014

Objektif Kajian

·       Mengenal pasti reka corak dan pola yang bersesuaian dalam penghasilan kraf.
·        Mengkaji susun atur motif pada pola kraf.
·   Menghasilkan produk kraf yang bersesuaian dengan teknik gabungan pola dan batik  canting.
·         Membuat validasi produk terhadap produk akhir.


Persoalan Kajian

Persoalan kajian amat penting dalam penyelidikan supaya pengkaji dapat mengetahui tujuan sebenar dalam kajian tersebut. Persoalan-persoalan tersebut ialah:
·         Bagaimanakah reka corak dan pola rekaan untuk mengeluarkan produk kraf yang produktif ?
·         Apakah jenis produk kraf yang bersesuaian untuk gabungan teknik pola dan batik canting?


Masalah Kajian

  • Reka corak batik berpola kurang popular pada indusrti kraf tempatan. 
  • Industri kraftangan yang sedia ada mempunyai masalah lebihan perca pada proses penghasilan kraf yang menggunakan fabrik. Ini menyumbangkan pembaziran dalam kos produksi.


Bab 1_Pengenalan

Dalam penghasilan ini pengkaji ingin mengetengahkan kombinasi reka bentuk pola dan batik canting dalam penghasilan produk kraf. Batik berasal dari bahasa Jawa (amba) yang bererti menulis dan menitik. Batik ialah merujuk pada teknik pembuatan corak. Motif batik menggunakan canting dan pencelupan kain dengan menggunakan lilin dan warna untuk diaplikasikan pada kain.
Sekitar tahun 1950, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat mencanting tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden. Batik mula diperkenalkan di negara kita khususnya di negeri Kelantan. Batik menghasilkan reka bentuk pada tekstil melalui penggunaan pewarna, biasanya lilin yang menghalang pewarna daripada menembusi kawasan yang berwarna. Terdapat beberapa motif yang sering digunakan oleh pengusaha untuk penghasilan batik iaitu motif flora fauna. Batik biasanya dilakukan pada kain cotton, sutera, crepe satin, fuji, rayon yang berkualiti. Industri batik pada masa kini semakin meningkat.
Kraftangan ialah kerja penghasilan peralatan berguna atau hiasan dengan menggunakan tangan sepenuhnya atau perkakas ringkas sahaja. Pertukangan kraftangan seharusnya dikerjakan secara perseorangan atau kecil-kecilan. Dalam penghasilan batik untuk dijadikan produk kraf antaranya ialah beg, kasut, tudung dan sebagainya. Produk kraf yang akan dihasilkan terutamanya untuk wanita.










Abstrak

Penyelidikan ini dibuat untuk mengkaji kombinasi reka bentuk pola dan batik canting dalam penghasilan produk kraf. Ia menitikberatkan proses pembuatan produk kraf supaya penghasilannya dapat menjimatkan, masa mengurangkan pembaziran kain dan penghasilan motif batik berada pada kedudukan pola yang betul. Motif yang digunakan untuk penghasilan produk kraf ialah flora dan fauna. Antara produk yang dapat dihasilkan untuk reka bentuk batik ialah koleksi beg tangan formal dan semi-formal. Hasil kajian ini dapat membantu untuk mempertingkatkan lagi produksi kraf secara besar-besaran pada pasaran tempatan dan luar negara.

Pemilihan Tajuk Untuk Penyelidikan Projek Tahun Akhir.

1. Reka Bentuk Batik Berpola Untuk Penghasilan Produk Kraf.
2. Reka Corak Printing Untuk Penghasilan Produk Kraf.
3. Kombinasi Reka Bentuk Pola Dan Batik Canting Dalam Penghasilan Produk Kraf.